fbpx

Bella Astillah Bagi Hint Sudah Berkahwin?

Sebelum ini pernah memuat naik gambar bersama bekas suami dan meluangkan masa bersama, sehingga hari ini status ubungan penyanyi Bella Astillah bersama bekas suaminya Aliff Aziz masih menjadi tanda tanya netizen.

Timbul gosip mengatakan mereka bakal rujuk semula, bagaimanapun kedua-duanya tidak membuka mulut mengenai perkara itu. Terbaru, Bella menerusi perkongsian Bella di Instagam seolah memberikan bayangan bahawa dia sudah berkahwin.

BACA: “Kalau Ada Rezeki, InsyaAllah Saya & Aliff Akan Kongsikan”

Bella dilihat memuat naik foto buah pisang dan avocado yang bersempena kempen kesedaran kanser payudara, setiap buah itu mempunyai maksud yang tersendiri. Difahamkan, buah pisang mewakili status seseorang itu ‘sudah berkahwin’ dan avocado ‘sudah dimiliki’.

Ditanya mengenai dakwaan sudah kembali bersama Aliff Aziz, Bella dilihat tidak menafikan atau mengiyakan perkara itu dan hanya meminta supaya doakan yang baik-baik sahaja.

“Ramai yang tertanya-tanya tentang hubungan kami, saya hendak merahsiakan atau menipu tetapi biarlah biarlah masa yang menentukan. Doakan yang baik-baik. Terpulang kepada andaian masing-masing.

Terdahulu, Bella tidak menolak kemungkinan untuk menerima semula Aliff Aziz dalam hidupnya jika itu yang terbaik buat kehidupan anak mereka. Malah, Bella berkata dia tidak pernah membenci bekas suaminya itu.