Sejak ‘dia’ datang pada 18 Mac lalu, habis porak peranda negara kita. Kehidupan kita pun automatik berubah 180 darjah! Datang tanpa dijemput, dan kehadirannya yang tak diduga jugak buatkan semua orang cuak! Siapa lagi kalau bukan wabak pandemik COVID-19.

Peniaga-peniaga terkesan, pekerja pun ramai yang diberhentikan hingga menyebabkan ekonomi kita terjejas. Mana taknya, nak berniaga pun tak boleh kerana kita semua ‘dikurung’ di rumah semasa PKP dilaksanakan. Syarikat-syarikat besar pun tak mampu nak tanggung beban dan beroperasi sebab tu mereka pun terpaksa buat keputusan yang berat ni. Sadis kan?

Betul Tragis!

Selepas Kerajaan mengumumkan PKPP, peniaga-peniaga dah mula tersenyum. Masa ni lah Makcik Kiah dah boleh mula berniaga. Walaupun masih ada SOP yang perlu dipatuhi, pelanggan pun tak macam seperti masa PKP, at least ada jugak rezeki masuk kan.

Ni baru kisah Mak Cik Kiah, belum lagi masuk yang company besar-besar tu. Lagi tragis gais! Nak bayar gaji pekerja lagi, sewa premis, bil-bil utiliti lagi sedangkan stok barang tak terjual pun disebabkan wabak pandemik ni. Benda ni sangat-sangat serius.

Apa Yang Anda Boleh Bantu?

Jadi sebagai rakyat Malaysia, apa yang kita boleh bantu? Kita perlu rancakkan balik ekonomi negara. Kalau anda nak tahu, minum air kopi RM1 berbanding dengan minum Starbuck pun sebenarnya memberi kesan tau.

Kami faham, anda nak minum kopi apa pun tak kisah, tapi kalau anda berbelanja secara tidak langsung anda telah menyumbang kepada ekonomi negara!


Jadi, bab pengurusan duit ni anda kena pandai. Anda kena ubah gaya hidup lebih sederhana dan berbelanja mengikut keperluan jer.

Kenapa Taksub Sangat?

Tak dapat dinafikan yang anda lebih mementingkan jenama berbanding kualiti, lebih-lebih lagi produk tempatan. Tapi tu lah, asal sebut jer barang tempatan, mulalah nak jebik bibir. Kononnya produk tak bagus. Sebab inilah anda kena buang dan perbetulkan mindset anda tu.

Anda kena sahut seruan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) ni. Jangan terlalu bergantung dengan produk import tapi sokong produk Malaysia.

Kenapa taksub sangat dengan produk import sedangkan produk tempatan jauh lebih baik kualitinya. Kita pun bertanggungjawab untuk sokong pengusaha dan pengeluar produk kita ni. haa… kan dah boleh membantu ekonomi negara kita?


Kadang-kadang benda kecil pun sebenarnya beri kesan kepada ekonomi jugak tau. Jangan anggap anda tu tak main peranan, tapi sebenarnya setiap seorang dari anda tu adalah ‘orang penting’!

Yang penting, beli lokal janji ori! Amacam? Jom sokong dan beli! Barang baik barang kita. Untuk info lanjut anda boleh jer terus ke laman rasmi Facebook KPDNHEP.