Usia anak sulungnya kini sudah mencecah 8 bulan, namun pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail masih belum mendedahkan wajah putera mereka, Muhammad Bilal kepada umum.
Meskipun tidak mendedahkan lagi wajah anaknya, Neelofa tidak lokek berkongsikan gambar Bilal di Instagram namun tidak menampakkan bahagian wajahnya.
BACA: Neelofa Nafi Bayi Tular Di TikTok Itu Anaknya
Terbaru, perkongsian Neelofa menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya sedang mendukung Bilal. Neelofa turut menulis kapsyen ringkat,”Okay Bilal, Ummi will stay at home today”.
View this post on Instagram
Diruangan komen, ramai yang memuji kecomelan anak bekas pengacara MeleTOP itu serta ada yang meluahkan rasa geram melihat peha dan lengan Bilal yang gebu.
Bagaimanapun, komen seorang netizen ini antara yang menjadi perhatian meluahkan rasa kecewa dan sedih kerana belum berpeluang untuk melihat wajah anak selebriti itu. Malah, individu itu berkata jika ajal seseorang itu sudah sampai sekalipun namun masih belum berpeluang melihat wajah Bilal.
Dalam pada itu, individu itu turut mendoakan agar Bilal membesar dengan sihat serta menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat.
Terdahulu, Neelofa meminta sedikit waktu lagi untuk berkongsikan wajah anaknya. Ujarnya, sebagai ibu dia mahukan yang terbaik meskipun ada yang menjadikan isu penyakit ‘Ain sebagai bahan gurauan.