fbpx

Bekas Tunang Anju Dedah Pernah Tidur Sebelah-Sebelah Tapi Tak Buat Apa-Apa

Nampaknya kemelut hubungan Zarina Anjoulie bersama bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey masih tidak berkesudahan apabila satu demi satu pendedahan dibuat kedua-dua pihak.

Malah, Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju sebelum ini seolah memerli bekas tunangnya itu serta memiliki kunci rumah Khazrul.

BACA: “Masa Sedap Pakcik Hilang Kopiah Tak Ingat Allah” – Zarina Anjoulie Perli Khazrul?

Terbaru, Khazrul menjelaskan dia tidak mengambil kesempatan meskipun pelakon itu mempunyai kunci rumahnya namun mengakui tidak suka Anju kerap datang ke rumahnya.

https://www.tiktok.com/@arfana_98/video/7202555039250926875

Menerusi video dikongsikan pengguna TikTok, Khazrul berkata dia bukan lelaki yang akan mengambil kesempatan apatah lagi dia mempunyai anak perempuan tinggal bersamanya.

“I ni bukan jenis lelaki mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsu. I ada anak perempuan, kalau buat benda-benda tak elok dalam rumah.. ya Allah mana nak letak muka.

“Ada satu hari, pagi tu dia mengamuk sebab I takde dalam bilik.. I kat rumah tamu. Dia tanya tak sayang ke? Bukan I tak sayang You. I kena tidur luar. Hormat la.

“Sebab tu saya tak suka dia datang rumah saya. Saya tak nak benda-benda aneh (maksiat) tu berlaku. Kita masing-masing ada nafsu, kita kawal,” katanya. 

https://www.tiktok.com/@arfana_98/video/7202647445824687386?refer=embed

Sementara itu, Khazrul jujur mengakui mereka pernah tidur bersebelahan meskipun belum berkahwin kerana pelakon itu yang nak sangat tidur disebelahnya namun tiada apa yang berlaku.

https://www.tiktok.com/@arfana_98/video/7202665342395632922?refer=embed

“Ni saya cerita jujur, ikhlas.. saya tak pernah menipu. Okay lah sebab nak sangat tidur, sebelah-sebelah walaupun tak kahwin. Jadi tidur la sebelah-sebelah, tapi tak buat apa-apa pun. Sampai la I tertidur.

“Nak sangat tidur sebelah. I pening lah! Kalau boleh jangan la datang, I pun tak minta dia datang. Bila dah jadi macam tu, waktu Subuh… I bangun, nampak bantal peluk dah jatuh bawah, I pun angkat letak sebelah dia,” katanya.