fbpx

Bekas Suami Zarina Anjoulie Bernikah Lagi, Pilih Wanita Berpurdah

Bekas suami kepada pelakon Zarina Anjoulie iaitu Eliyas Azhar telah pun mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihanya, Fazirah Nazri minggu lalu.

Berita gembira itu dikongsikan leh Eliyas menerusi Instagram semalam. Menerusi perkongsian itu, Eliyas meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih buat isterinya yang menerima segala kekurangan dirinya.

BACA: Teman Lelaki Zarina Anjoulie Hadiahkan Rumah Di Kawasan Elit

“Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dengan izin-Nya, kami telah dipertemukan dan disatukan dalam ikatan yang sah. Semoga Allah berkati kehidupan kita semua. Kehidupan di dunia hanya sementara, yang kekal hanya akhirat.

“Manfaatkan masa, diri dan harta kita untuk kehidupan akhirat yang abadi. Sebaik-baik hiasan di dunia adalah wanita solehah. Terima kasih menerima diri yang serba kekurangan ini,” tulisnya.

Terdahulu, Yas dan Anju pernah berkahwin pada 20 Julai 2020 namun berpisah kali pertama pada Februari dan bercerai kali kedua pada Mei 2021.