fbpx

Bekas Suami Irma Hasmie Seronok Luang Masa Dengan Anak & Isteri

Baru-baru ini perkongsian bekas suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer menjadi perhatian meluahkan rasa syukur dapat meluangkan masa bersama keluarga.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Menerusi entri itu, Redza turut mengucapkan terima kasih kepada dua anaknya itu serta isterinya yang menjadi sumber kekuatannya.

BACA: Irma Hasmie Sah Bercerai 6 Bulan Lalu

“Alhamdulillah, dapat meluangkan masa bersama keluarga, mengeratkan hubungan, bina kualiti masa dan perhubungan.

“Semua yang berlaku ada hikmah. Terima kasih dan saya sangat hargai baby (panggilan isteri), abang Irfan (anak sulung) dan kak Naylie (anak bongsu) kerana menjadi sumber kekuatan untuk daddy. Semoga kita bersyukur sentiasa, insya-Allah,” tulisnya.

Dalam perkongsian itu juga, Redza turut memuat naik gambar memaparkan momen mereka sekeluarga bercuti dan berkelah bersama.

Pada April lalu, Redza mengejutkan ramai apabila berkongsikan foto pernikahannya bersama wanita pilihan hati di Instagram miliknya.

Redza berkata dia kini mahu memberi fokus kepada keluarga serta masa depan bersama isteri baru yang dikenali sebagai Nur Hafiza Mohd Salim.

Kemudian pada 1 Mei, akhirnya terjawab apabila perkahwinan Irma dan Redza sudah pun berakhir enam bulan lalu, perkara itu disahkan rakan baik Irma iaitu Reen Emran.

SUMBER: Oh Bulan