fbpx

Bekas Pengurus Saman Zizan Razak RM500,000

Pertengahan 2014 yang lalu, syarikat Zizan Razak yang ditubuhkan bersama bekas pengurusnya, Marina Juki terpaksa ditutup ekoran masalah dalaman melibatkan dua orang individu ini termasuk dakwaan mengatakan wujudnya penyelewangan wang syarikat.

BACA: Pengurus Minta Zizan Razak Tunjuk Bukti Seleweng Wang Syarikat (ext.)

Laporan mStar Online hari ini menyebut yang Marina Juki sudah membawa perkara yang mula berlarutan ini ke mahkamah dengan memfailkan saman terhadap Zizan Razak yang didakwa telah melanggar kontrak pengurusan artis yang telah ditandatangani sebelum ini.

Marina Juki menuntut ganti rugi khas lebih RM500,000, ganti rugi am sebanyak 15% ke atas semua pendapatan yang diperoleh defendan (Zizan) daripada syarikat pengurusan lain. Beliau juga menuntut faedah lain sebanyak 5% setahun dari tarikh pemfailan saman berkenaan.

Beliau juga selaku plaintif memohon perintah mahkamah supaya Zizan Razak dihalang dari meneruskan kontrak dengan pihak syarikat pengurusan baru memandangkan pelawak itu masih lagi mempunyai kontrak yang sah bersama dirinya. (rtky/m)