Seorang pelawak terkenal yang juga bekas pelawak kumpulan Senario ditahan polis dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras pada Selasa lalu.
Memetik laporan Kosmo!, pelawak berusia 41 tahun itu ditahan bersama dua rakannya termasuk seorang wanita.
Hasil pemerikaan badan di lakukan ke atas suspek wanita, pihak polis menemui satu paket dadah jenis Methamhetamin seberat 0.55 gram.
Menurut pihak polis, kesemua suspek diberkas selepas pihak polis menerima aduan berhubung satu pergaduhan di hotel berkenaan pada pukul 5.45 petang.
Hasil ujian air kencing mendapati pelawak berkenaan positif dadah jenis ganja manakala dua lagi suspek positif dadah amphetamine.
“Siasatan lanjut mendapati pelawak terbabit mempunyai empat rekod jenayah membabitkan dadah selain dikehendaki polis berhubung kes di Hulu Klang,” kata pihak polis.
Pelawak berkenaan direman selama sehari sebelum dibebaskan semalam, namakala dua lagi direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.