fbpx

Bekas Kekasih Yonnyboii Kembali Tagih Cinta Selepas Popular

Namanya kini semakin dikenali ramai dalam industri muzik, penyanyi dan komposer muda Yonnyboii mengakui ada kenalan ketika di kolej yang pernah membulinya mahu kembali menjalin persahabata dengannya.

Namun, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin memaafkan mereka serta tidak menyimpan dendam. Ujarnya, ramai yang tidak mahu mendekatinya disebabkan memiliki ciri-ciri Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

“Tiba-tiba ada yang nak berkawan dengan saya ada juga kawan-kawan ketika waktu kolej yang pernah buli saya hubungi saya semula. Malah, salah seorang daripada mereka sudah menjadi rakan kongsi perniagaan.

“Bagi saya, kita kena maafkan orang walaupun mereka pernah buat sesuatu yang tidak baik terhadap kita. Kalau saya di tempat mereka pun, saya taknak kawan dengan orang pelik,” katanya.

Menurutnya lagi, ketika itu dia lebih gemar menyendiri, memendam rasa dan cepat marah kerana gejala penyakit yang dihadapinya itu.

Dalam pada itu, Yonnyboii mendedahkan ramai wanita yang mahu berkenalannya malah bekas kekasihnya juga turut kembali mencarinya. Bagaimanapun, Yonny berkata dia sudah memafkan gadis itu serta berharap tidak lagi bertemu di masa hadapan.

“Ada la juga cuba mendekati.. bekas kekasih pun ada mencari saya semula. Dulu boleh kata hari-hari saya buat lagu namun dia tak pernah layan.

“Kalau saya ada iri hati mungkin saya tak layan dengan baik. Walaupun masih ada sedikit perasaan marah, saya sudah maafkan dia. Cuma kalau boleh tak mahu bertemu dengan dia lagi,” katanya.