fbpx

Bekas Kekasih Naim Daniel Tuntut Hak Cipta Bersama Lagu Sumpah

Bukanlah kali pertama isu ini dibangkitkan, namun selepas lagu Sumpah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-34, bekas kekasih Naim Daniel iaitu Dayana Amerda menuntut hak cipta bersama lagu tersebut.

Bagaimanapun, Dayana atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana Mohd. Amerullah yang juga merupakan Juara Idola Kecil 2011 berkata tuntutan yang dibuatnya itu bukan kerana wang ringgit tetapi hanyalah atas dasar hak.

BACA: Sumpah Bergelar Juara Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34)

“Saya tak nak duit, apa yang saya mahukan hanyalah kejujuran daripadanya. Tapi kalau contoh dia daftarkan nama saya, secara tak langsung memang saya dapatlah royalti itu. Royalti tu nombor dua,” katanya kepada Astro Gempak.

Menerusi satu sidang media diadakan semalam, Dayana berkata pihaknya memberi tempoh seminggu kepada Naim untuk membuat pengakuan secara terbuka bahawa lagu itu merupakan karya ciptaan mereka bersama.

“Tempoh yang saya bagi selama seminggu untuk dia tampil membuat pengakuan. Tak kisahlah dalam bentuk video atau sidang media ke..cuma pihak kami berlapang dada jika dia mahu berjumpa bagi berbincang hal ini secara terperinci,” katanya.

Dalam pada itu, Dayana turut memaklumkan bahawa dia mempunyai bukti-bukti kukuh menunjukkan bahawa lagu itu diciptanya.

Isu pertikaian hak cipta lagu Sumpah tercetus sekitar Julai tahun lalu apabila lagu itu dikatakan menceritakan kisah percintaan mereka.

Terdahulu, Naim meminta mana-mana individu yang mahu menuntut hak cipta bersama lagu Sumpah untuk mengemukakan bukti-bukti kukuh. Lagu Sumpah dikatakan dicipta mereka bersama pada tahun 2015 ketika mereka sedang menjalin hubungan cinta.

Isu pertikaian hak cipta lagu Sumpah hangat diperkatakan pada Julai tahun lalu apabila lagu itu dikatakan menceritakan kisah percintaan mereka.

Dayana berkata, sebelum ini dia pernah menghubungi Naim untuk bersemuka untuk meminta penjelasan susulan lagu tersebut dilancarkan pada harinya bertunang, namun mendakwa Naim tidak tampil.