fbpx

Bekas Kekasih Luah Rasa Rindukan Ismail Izzani

Adat orang bercinta, kadang-kala terputus di tengah jalan. Sedangkan Zulin Aziz yang sudah bersiap-siap nak kahwin pun tiba-tiba batal di saat akhir, apatah lagi cinta antara Ismail Izzani dan bekas kekasih, yang dikenali sebagai Sharifah Rose.

BACA: Zarina Anjoulie Masih Tunggu Bayaran Hotel Dari Ismail Izzani

Perkara tersebut sempat dihidu peminat apabila bekas kekasihnya menyatakan rasa rindu secara terbuka di ruangan komen (sudah dipadam). Menjawab dengan penuh kelakian, Ismail menyatakan bahawa dia sentiasa ada jika diperlukan.

Sedih bukan kisah percintaan sebegini? Sudahlah cinta tidak kesampaian kemudian masih rindu-rinduan, namun masing-masing masih bersedia untuk melayan hati yang lara.

Untuk pengetahuan anda, Sharifah Rose sendiri sebelum ini menyatakan bahawa Ismail curang bukan sekali tetapi 6 kali. Tidak tahan dengan perkara tersebut, tali percintaan nan terjalin putus di tengah jalan. Ismail membawa diri. Sesungguhnya perihal cinta bukan mudah untuk ditafsir.

Mungkin kita boleh tunggu episod seterusnya oleh pasangan ini sebab kita tidak akan pernah tahu plot twist yang mungkin akan berlaku. Bak kata Ismail dalam lirik lagu – Eh, aku tahu, ini lebih dari cinta, apa lah kami jika bukan luar biasa. (rtky/s)