fbpx

Bekas Kekasih Alya Iman Dedah Kena Kikis Sampai RM2.3 Juta?

Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai pelakon baru dan model Alya Iman selepas isteri bekas kakasihnya Penny Salman mendedahkan hubungan sulit suaminya, Mahathir Mohd dengan gadis berusia 19 tahun itu.

Satu persatu individu tampil membongkar kisah kehidupan pelakon itu ternyata mengejutkan netizen. Terbaru, seorang lelaki yang mengaku sebagai bekas teman lelaki Alya mendakwa bahawa dia juga pernah menjadi mangsa gadis itu.

BACA: Alya Iman Akui Pernah Bertunang Dengan Suami Orang

Lelaki berkenaan mendakwa dia menjalin hubungan dengan anak kepada pelakon legenda Allahyarham Azmil Mustapha itu pada awal tahun. Malah, lelaki itu mendedahkan dia berhabis wang sebanyak RM2.3 juta untuk Alya.

Lelaki itu juga mendakwa Alya menjadi seperti itu kerana kejutan budaya baru masuk dalam industri hiburan. Mesej oleh individu yang dirahsiakan identitinya itu dikongsikan oleh Penny menerusi Insta Story miliknya.

Dalam pada itu, lelaki itu berkata, dia kemudian bertindak meninggalkan Alya selepas mengetahui perangai sebenar dirinya. Ujarnya lagi, dia sangkakan gadis itu sudah pun berubah dan tidak lagi melakukan perbuatan tersebut.

Terdahulu, kisah kontroversi Alya Iman mula menjadi tumpuan netizen apabila seorang isteri perniagaan mendedahkan kisah hubungan sulit suaminya di Instagram. Bahkan, satu persatu gaya hidup mewah Alya itu turut menjadi pertikaian netizen.