Bekas Isteri Sam Bunkface Tak Setuju Nafkah Anak Dikurangkan
Bekas isteri kepada Sam Bunkface iaitu Aida Azira tidak bersetuju jumlah nafkah RM1,300 dikurangkan kerana ia akan boleh menyebabkan anak mereka, Maleeq tidak dapat menjalani kehidupan sempurna.
Memetik BH Online, Aida berkata jika jumlah tersebut dikurangkan dia juga perlu mengurangkan perbelanjaan anaknya termasuk makanan.
BACA: “Saya Sedar Hanya Orang Biasa & Tiada Pengaruh” – Bekas Isteri Sam Bunkface
“Sekiranya nafkah dikurangkan, bermakna saya perlu kurangkan perbelanjaan anak. Kos itu termasuk tempat tinggal, makanan, pakaian, perubatan, pengangkutan ke sekolah dan utiliti seperti bil air dan elektrik.
“Jika dikurangkan, saya terpaksa kurangkan makanan Maleeq di mana setiap kali mengambilnya dari sekolah, anak saya berbelanja kira-kira RM15 untuk membeli makanan seperti ais krim dan ‘toys’ (permainan).
“Selain itu, anak tidak selesa kerana perlu mengehadkan penggunaan penghawa dingin yang saya kira membabitkan bil (perlu dibayar)” katanya.
Perkara itu dimaklumkan oleh Aida menjawab soalan daripada peguam syarie, Liyana Sihar yang mewakili Sam pada perbicaraan pindaan tuntutan jumlah nafkah anak di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, petang tadi.
Menurut Aida lagi, selain perubatan dan makanan, jumlah nafkah RM1,300 turut digunakan untuk membayar pelbagai keperluan antaranya insurans dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang perlu dibayar secara bulanan.
Bagaimanapun, Hakim Syarie Shukran Yusof menetapkan 26 Jun depan bagi prosiding pemeriksaan balas yang akan dilakukan peguam syarie mewakili Aida.
Sementara itu, Sam berharap keadilan berpihak padanya serta menyerahkan keputusan kepada pihak mahkamah.
“Saya hanya ingin mencari keadilan dan berharap keadilan akan berpihak kepada saya. Tiada apa yang hendak saya cakapkan. Biarlah mahkamah yang tentukan. Selain daripada itu, kena tanya kepada Puan Aida,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
mental illness bini dia ni. bagi je lah bekas laki kau jaga kalau kau tak mampu sangat. dasar
kurangkn lah beli toys….skrg toys pun beharga….kena terima hakikat bekas suami pndapatan penyanyi x menentu…
Ngarott jugak janda Sam nie! Kuban2 mntak nyer
Rm15x20 hari rm300 + sekolah anak rm600 + Insuran Rm150 + sspn Rm150 + keperluan lain Rm100 = Rm1300. Betul la argument dr ex bini dia. By right, ni septtnya semua under bapa. Samada dah kahwin atau dah bercerai.
APA LA SANGAT RM1300.00 tu. Nak jaga anak sekarang bukan murah.
kalau mcm tu…bg la bpknye jaga gak….usah le bolor sorang jaga, duit nak..tp hantar anak blk melaka…
Betul la amount 1300 tu nafkah bayar jela. Laki nye pun bakhil. Nak bini baru tapi sengkek. Sam ni bodoh sikit. X pikir bulan2 banyak kene bayar. Haaaa antara laki artis malaysia yang bodoh piang cekeding macam cicak. Poooodaahh
dia mcm ni, klau kau nk jaga, x pyh berkire sgt nk mintak nafkah, ank baru sorang bg rm500 pn dh bersyukur, tp klau mintak lebih, baik bg bapak dia jaga…bia bapak dia keluarkn semua kos belanja anak.. ikutla mcm erra fazira tu…dia bijak…
bg suami jaga sbb ape sbb suami dia kaya…dia x pyh pening nk tuntut nafkah bagai… n jaga ank tp mcm berkira nk guna duit sendiri, kau x kje ke ape??.kebodohan ape kah itu…
Biar mahkamah berikan keadilan berdasarkan bukti2. Mahkamah dunia 1 thing, mahkamah akhirat jauhhhhh lebih berat, x tertanggung rasanya.
Apalah punya BANGSAT, nak kurangkan nafkah kepada anak! Kalau RM43 sehari, bukan terlalu mewah lah zaman ni. Khususnya yang tinggal di bandaraya.
Nak kahwin, beranak tu pandai pulak. Ini dah nak lepaskan tanggungjawab. Baguslah, boleh jadi Sam Bangsatface lepas ni.
+ NASSER (Ser)