fbpx

Bekas Isteri ND Lala Digelar Musibat, Dituduh Gila Publisiti

Meskipun sudah dua bulan berpisah namun kontroversi perceraian Datuk ND Lala dan bekas isterinya, Fauziah Sarman masih menjadi bualan di media sosial.

Terbaru, perkongsian Fauziah menjadi perhatian apabila dilihat ada memuat naik paparan akaun milik seorang individu yang didakwa melemparkan kata-kata hinaan terhadapnya.

BACA: Fauziah Sarman Dedah ND Lala Bertahun Tak Kerja, Shila Amzah Tanggung Keluarga

Menerusi hantaran tersebut, Fauziah berkata individu terbabit menggelarnya musibat serta panggilan yang tidak baik dan menuduh anak-anaknya lapar publisiti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

“Masuk Instagram saya dan kata saya serta anak-anak lapar publisiti. Panggil saya musibat dan kutuk saya janda,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fauziah turut menyindir individu itu secara halus dengan mengucapkan terima kasih serta turut bertanyakan adakah lelaki itu ada pertalian darah dengan ‘penyondol’ berkenaan merujuk kepada isteri baru ND Lala.

“Terima kasih hina kami. Awak pun lahir dari seorang perempuan. Memalukan sungguh lelaki mulut macam awak ini. Apa maksud musibat? Mentua bekas suami saya orang Melaka… saudara-mara penyondol itu ke?” tulisnya.

Terdahulu, rumah tangga penyanyi Datuk ND Lala sudah pun berakhir apabila ibu kepada Shila Amzah, Fauziah Sarman mengesahkan telah diceraikan suaminya itu pada 2 Ogos lalu.