fbpx

Bekas Isteri Masih Tidak Puas Hati, Jimmy Shanley Naik Mahkamah Lagi

Nampaknya susah benar hendak berakhir kemelut antara Jimmy Shanley & bekas isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy akan isu hak penjagaan anak.

Terbaru, Jimmy Shanley mendakwa yang bekas isterinya itu masih tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang memberikan beliau hak untuk melawat anak mereka, Zahrah Rania Shanley.

“Saya dimaklumkan Suhaila akan membuat tuntutan mahkamah sekali lagi berhubung isu hak penjagaan anak kami pada Khamis ini”

“Bagaimanapun saya tidak boleh memberitahu secara terperinci tentang perkara ini. Kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku nanti”

Jimmy Shanley turut berkata beliau masih belum dapat berjumpa anaknya sehingga ke hari ini oleh bekas isterinya walaupun hak tersebut di’berikan oleh mahkamah pada 8 April yang lalu.

“Saya tidak tahu apa yang cuba dilakukannya (Suhaila) & tidak faham apa yang dirasakan tidak puas hati dengan keputusan yang diberi. Harap harap kes pada Khamis ini tidaklah sampai ke tahap memutuskan perhubungan saya dengan anak, Insya-Allah,” ujar Jimmy Shanley.