fbpx

Bekas Isteri Dedah Masih Diganggu PU Abu

Nampaknya nama pencetus ummah, PU Abu Sufyan sekali lagi menjadi bualan ramai apabila bekas isterinya, Hana Azra mendedahkan dirinya masih diganggu bekas suaminya itu.

Perkara itu didedahkan Hana menerusi satu perkongsian di Insta Story dimana usahawan itu berkata dia dan keluarganya masih diganggu meskipun sudah bercerai.

BACA: Akui Kesilapan, PU Abu Sebak Isteri Tetap Setia

Menurut Hana, bekas suaminya turut menganggu ahli keluarganya dengan menghantar mesej kepada kakaknya sekaligus mencabar kesarabannya.

Dalam entri itu juga, Hana turut meluahkan rasa hairan bekas suaminya itu masih menganggunya sedangkan sudah bahagia dengan isterinya.

Tegas Hana lagi, dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan sisi buruk dan rahsia jika bekas suaminya itu terus menganggunya lagi.

Menerusi satu lagi entri, Hana berkata bekas suaminya itu turut mempergunakan adiknya serta mendakwa PU Abu berada di bawah hotel yang didiami Hana ketika mengerjakan umrah.

Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Uwais Al-Mateen. Namun, pada April 2021, Hana menegaskan bahawa dia dan PU Abu bukan lagi suami isteri.