fbpx

Bekas Isteri Chef Wan Meninggal Dunia

Bekas isteri chef selebriti terkenal Dato Redzuawan Bin Ismail atau Chef Wan iaitu Norhayate Ayub meninggal dunia semalam. Berita tersebut dimaklumkan sendiri oleh Chef Wan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Chef Wan memberitahu bekas isterinya itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang akibat kompilikasi buah pinggang dan jantung.

“Dengan rasa dukacita, saya memaklumkan bekas isteri baru meninggal dunia di Hospital Ampang.

“Saya sedang menguruskan apa yang perlu untuk urusan pengebumian esok. Saya akan beritahu sanak-saudara kemudian,” katanya.

Sebelum ini, Chef Wan pernah berkongsikan mengenai keadaan bekas isterinya yang akan menjalani pembedahn memotong kedua-dua belah kakinya disebabkan diabetes.

Malah, keadaan bekas isterinya ketika itu dalam bahaya kerana jantungnya agak lemah, namun pembedahan selamat dijalankan.

Terdahulu, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail berkahwin dengan Norhayate Ayub pada usia muda, namun kemudian bercerai. Mereka dikurniakan dengan dua orang anak, Serina dan Muhammad Nazri atau Chef Riz.