fbpx

BCL Tak Mahu Anak Dengan Suami Baru

Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) berkata dia tidak merancang untuk memiliki cahaya mata bersama suaminya, Tiko Aryawardhana.

Menerusi satu temu bual, BCL berkata dia tidak mahu mengambil risiko untuk hamil lagi memandangkan usianya sudah menjangkau 41 tahun.

BACA: Suami BCL Belum Rapat Dengan Noah, Masih Kekok Jadi Ayah Tiri

“Rasa tak mahu anak lagi, saya dah tua. Mungkin berisiko sebab saya dah lebih 40 tahun. Usia 35 hingga 40 tahun sudah mula risiko jika hamil,” katanya.

Sementara itu, Bunga berkata selepas pemergian Ashraf dia pernah terfikir untuk hidup sendiri kerana merasakan tiada lagi yang boleh memahami dirinya, namun Tiko membuka hatinya.

“Saya rasa amat serasi dengan Ashraf. Jadi terfikir mungkin terus hidup sendiri. Hampir lapan bulan menangis setiap hari selepas kehilangan dia. 

“Kemudian saya cuba untuk buka lembaran baru. Pasti ada perbezaan kerana dia (Tiko) bukan Ashraf. Saya jalani hidup baru kerana saya juga sudah berbeza,” katanya.

Terdahulu, Bunga dan Tiko mendirikan rumah tangga pada 2 Disember tahun lalu di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia.