Pejam celik sudah dua tahun suami kepada penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair pergi menghadap Ilahi pada Februari 2020.
Meskipun terpalit dengan kontroversi panas apabila tular fotonya dilihat buncit sehingga dituduh hamil, namun BCL memilih untuk membiarkan sahaja isu tersebut.
BACA: Perut Buncit, Netizen Dakwa BCL Hamil Anak Ariel?
View this post on Instagram
Terbaru, BCL dilihat memuat naik video ke pusara arwah suaminya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14.
Menerusi video itu, BCL membawa kelopak bunga mawar untuk ditabur di atas pusara Ashraf. BCL turut menitipkan ucapan istimewa buat arwah dimana suaminya itu akan sentiasa berada di hatinya.
“14 tahun lalu, kita sudah berjanji untuk sentiasa menyayangi antara satu sama lain. Dan, hari ini walaupun kita berada di dunia yang berbeza dan kehidupan telah berbeza untuk saya di sini tetapi, awak akan selamanya dihati saya. Happy Anniversary!,” tulisnya.
Diruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa sayu melihat video tersebut serta turut mengucapkan selamat ulang tahun dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.
BCL mendirikan rumah tangga dengan Ashraf pada 2008 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Noah Aidan Sinclair kini berusia 12 tahun.