fbpx

BCL Kongsi Video Pakai Sport Bra, Nak Buktikan Tak Hamil

Baru-baru ini, diperkatakan apabila tular video mengenai penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari apabila menampakkan perutnya agak buncit sehingga dituduh sedang hamil anak, Aeril.

Susulan itu, Bunga atau lebih mesra dengan nama BCL memuat naik satu video memaparkan dirinya memakai sport bra dengan kapsyen sarkastik.

BACA: Perut Buncit, Netizen Dakwa BCL Hamil Anak Ariel?

@itsmebcl_

Buat yang belom pahaamm….. ? #BCL #bclsinclair

? Rumors (feat. Cardi B) – Lizzo

BCL berkata postur tubuhnya serta sudut kamera membuatkan perutnya nampak sedikit buncit.

“Semuanya tentang postur badan dan angle (sudut kamera). Buat yang belum faham,” tulisnya.

Perkongsian BCL itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang bersetuju dengan tindakannya menjelaskan mengenai perkara itu.

Namun, ada yang kurang senang dengan tindakan penyanyi itu apatah lagi berpakaian terdedah untuk membuktikan kepada orang ramai berkenaan isu perut buncit.

Sebelum ini, BCL menafikan dakwaan netizen bahawa dirinya hamil gara-gara kelihatan buncit, Ujarnya lagi, ia adalah disebabkan faktor usia dan pemakanan.