fbpx

BCL Dah Lama Mahu Padam Nama Sinclair

Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) mendedahkan keputusan menggunakan nama baru akaun Instagramnya bukan perkara yang mudah.

Menurut BCL, nama @bclsinclair ditukar menjadi @itsmebcl sudah lama fikirkan olehnya sebelum mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan suaminya, Tiko Aryawardhana.

BACA: Tiko Dipuji Teman BCL Ziarah Pusara Ashraf Sinclair

Menerusi satu temu bual, BCL berkata dia bukan mahu terus melupakan suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair namun dia tidak boleh berterusan menggunakan nama itu kerana Ashraf telah meninggalkan dirinya untuk selamanya.

“Sebenarnya sejak Ashraf meninggal dunia saya rasa saya tidak boleh gunakan nama itu lagi, cuma tak dilakukan (padam) ketika itu kerana masih berkabung,” katanya.

Katanya lagi, dia turut berbincang dengan keluarga arwah untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai keputusan tersebut.

Terdahulu, BCL memadam nama Sinclair menjelang hari pernikahannya pada 1 Disember tahun lalu.