“BBNU Seberang, Minta Kebenaran Sebelum Rakam Lagu Hit Malaysia” – Hattan
Penyanyi Datuk Hattan menggesa penyanyi baharu dari negara seberang untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum merakamkan semula lagu-lagu ‘hit’ Malaysia.
Menerusi satu perkongsian dimuat naik di Instagram, Hattan berkata kebenaran perlu dibuat memandangkan lagu yang dirakamkan semula itu turut menghasilkan susunan muzik baru.
BACA: Nyanyi Lagu ‘Tiara’ Suara Ke Laut, Penyanyi Indonesia Ini Dikecam
View this post on Instagram
“Sekarang ni banyak betul ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) orang seberang (Indonesia), dia rakam balik lagu ‘hit’ kita dulu-dulu. Okay je kalau kau nak rakam. Tapi kau dah minta kebenaran belum?
“Sebab kau buat muzik baharu tu. Benda tu kau kena minta kebenaran, ibarat kau dah buat lagu baharu menggunakan lagu sini. Nak rakam boleh, biar betul caranya,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 57 tahun itu turut meluahkan rasa kesal apabila lagu itu bertukar menjadi ‘lembik’ seolah tidak menghormati karya orang lain apabila melodi lagu berkenaan ditukar. Ujarnya lagi, tindakan tersebut sudah dikira sebagai cetak rompak.
“Lagu satu… yang kau lembik-lembikkan lagu tu kenapa? Macam ular kena pukul pula. Belajar menghormati lagu lah, BBNU seberang. Kau rakam lagu orang, entah jadi apa bunyi. Kau tukar-tukar melodi.
“Siapa entah nama, Raffa ke Zinedine Zidane lah. Kau jangan memandai-mandai. Kau nak rakam, rakam elok-elok. Kalau kau tak bayar royalti, tu dah kira cetak rompak,” katanya.
Terdahulu, hangat diperkataka apabila penyanyi Indonesia, Raffa Affar merakamkan semula lagu Tiara nyanyian kumpulan Kris. Lagu tersebut sudah mendapat tontonan mencecah 22 juta selepas sebulan dilancarkan.
Muzik ni bidang kreatif nk lembik, nk keras tu feel masing2 laa. Ko sapa nk suh mintak izin ke apa sbb ko bkn komposer lagu tu pun. Benda ni mudah je apa yg kluo kt YouTube tu mmg ada guide lines ikut undang2 hakcipta yg ada. Automatic sapa yg nyanyi nnt YouTube aku license hak cipta ke pemilik asal karya tu. Melainkan pemilik asal karya tu yg report pd YouTube ada salah guna baru mrk akan blocked akaun tu!
Masalah bg hampir semua band2 rock melayu dolu2 semua lagu2 label yg upah komposer buatkan. Jd yg dpt royaltyi selalunya pegi pd komposer dgn penulis lirik laa. Korg nk bising2 pun xde sapa kisah sbb ko xde kuasa pun nk halang org lain nk cover dgn stail apapun! Hanya sykt rakaman dan komposer je ada hak pd lagu2 tu!
Masih ada bini lagi ke dia ni? ke dah cerai balik. dah tak ada gambar bini pun
betul lah apa dia cakap. lagu tu semua copyright. takboleh ubah suka hati
Mmg le lagu ada copyright tp nape pemilik copyright tu x bising, xde lg kes saman pd penyanyi2 BBNU yg ubah balik lagu2 tu dan rakam semula ikut stail mrk?!! Nape org yg xde kena mengena plak yg nk lebih2 menyalak pd hal xde org pun nk rekod balik lagu kau?!!
Dah x ada idea ke nak cipta lagu baru @ sendiri? Nak cepat popular hancurkan lagu org lain…ko ubah la lagu2 dari penyanyi negara kau sendiri…x boleh ke? nape x berani?
Org lain pecah kepala pecah otak nak cipta lagu kau senang2 ubah.
Setuju dengan Datuk Hattan.
Sepatutnya kena ada persetujuan dari pihak syarikar berkaitan. Hak cipta terpelihara. Kena faham tu.
Bagi artis kita, bukan senang nak masuk pasaran seberang. Dari segi penjualan album atau buat persembahan, macam2 syarat yang dikenakan. Bukan dendam atau marah dengan syarat mereka. Itu kerana mereka benar2 jaga hak artis2 mereka. Kenapa kerajaan kita tidak boleh laksanakan undang2 yang melindugi hak artis kita?