fbpx

“Bayaran Tetap Sama, Tak Boleh Letak Harga Sesuka Hati”

Diiktiraf sebagai Pengacara Hiburan Terbaik Asia pada Anugerah Asian Academy Creative Awards (AAA) baru-baru ini bukanlah alasan bagi Nabil Ahmad untuk menaikkan bayarannya terdahulu sebagai seorang pengacara. Menurut Nabil, dia tidak mahu berkira tentang soal bayaran kerana apa yang lebih penting adalah tawaran kerja berterusan.

BACA: Nabil Ahmad Dinobat Pengacara Terbaik Asia

“Bayaran saya tetap sama sahaja. Tidak akan ada perubahan kerana dalam situasi sekarang, kita tidak boleh meletak letak harga sesuka hati. Saya pernah berdepan pengalaman apabila langsung tidak menerima tawaran dan keadaan itu membuatkan saya bimbang memandangkan saya ada banyak komitmen.

“Perasaan bimbang itu, bagaimanapun hilang apabila rakan lain turut mengalami nasib serupa. Justeru, saya tidak mahu berkira sangat soal bayaran kerana apa yang lebih penting adalah tawaran kerja berterusan demi jaminan masa depan,” katanya kepada BH Online.

Walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi menerusi program tersebut, Nabil tidak menyangka Gegar Vaganza menghadiahkan kemenangan tersebut. Nabil juga turut mengucapkan terima kasih kepada Datuk Aznil Nawawi yang memperkenalkannya ke dunia pengacaraan.

“Program ini mengheret saya dalam pelbagai kontroversi, termasuk kes dengan Datuk Chef Wan antara yang hangat diperkatakan hingga saya teruk dikecam. Tidak sangka, program itu menghadiahkan kemenangan. Mungkin saya kena teruskan kontroversi sebab orang suka hingga saya menerima pengiktirafan

“Kalau bukan kerana Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi) yang membawa saya ke dunia pengacaraan, saya tidak akan berada di sini. Terima kasih juga kepada produksi, media dan peminat yang tidak pernah jemu menyokong saya selama ini,” katanya.