Di majlis resepsi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Ahad lalu menjadi perhatian apabila Ayden memberikan ucapan menyentuh hati buat ibunya.
Menurut Ayden, sebelum bertemu Syed Saddiq, ibunya dilihat sedih dan sebagai anak dia mahu lebih ibunya bahagia dan tersenyum.
BACA: Syed Saddiq Gembira Bangun Pagi Ada Isteri Di Sisi

Di laman Threads, ramai yang memperkatakan mengenai ucapan penuh bermakna dari anak sulung Bella itu serta membuatkan mereka sebak.
Kata netizen lagi, meskipun baru saja berusia 9 tahun namun pemikiran Ayden sangat matan dan seolah kanak-kanak itu tahu mengenai penderitaan dilalui ibunya.
“Ayden ni macam dah matang sangat pemikiran dia. Bayangkan dia tau semua penderitaan mummy dia,” kata netizen.
Terdahulu, dalam ucapan tersebut Ayden turut mengucapkan terima kasih kepada Syed Saddiq kerana memilih ibunya serta menerima mereka sebahagian daripada keluarga.