fbpx

“Bawa Mak Ayah Pergi Umrah Untuk Bayar Nazar”

Berpeluang membawa kedua ibu bapa ke tanah suci, Mekah, Nabila Razali bersyukur dapat melaksanakan nazarnya yang ingin membawa ibu dan ayah menjalani ibadah umrah pada tahun ini.

BACA: Padam Gambar Di IG, Nabila Razali Buat Gimik Lagi?

Menurut Nabila, sebelum ini beliau pernah bernazar untuk membawanya kedua ibu bapanya ke Mekah jika diberikan rezeki membintangi watak utama dalam Hikayat Cinta Si Pematah Hati pada tahun 2017.

“Alhamdulillah selepas itu jadual pula tidak mengizinkan kerana terlalu sibuk. Sudah masuk dua tahun dan saya rasa tidak boleh tangguhkan lagi. Syukur ibadah dan semua urusan kami dipermudahkan”

Awal bulan lalu, menerusi Instagram Nabila memaklumkan bakal berangkat menunaikan ibadah bersama bapanya, Mohd Razali Mura dan ibunya, Shamsidah Abd Rahman selama dua minggu dan memohon kemaafan dari semua.

“Sepanjang dua minggu disana saya berasa sangat tenang. Perasaan gembira, sebak dan macam-macam lagi. Ia susah untuk digambarkan terutama bila tengok muka mak dan ayah,” jelasnya lagi. (rtky/w)