Bekas isterinya, Ain Afini baru sebulan menimang cahaya mata sulung pada Syawal lalu, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan mengakui letih menguruskan anak lelakinya itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, PU Abu memuat naik gambarnya sedang menidurkan anaknya Muhammad Adam Aysar sehingga dia pun turut terlelap kerana keletihan.


BACA: Hana Azraa Beri Gambaran Sedang Hamil?

PU Abu juga turut meluahkan bagaimana ibunya menjaganya ketika kecil dahulu. Menerusi entri tersebut, PU Abu turut mengatakan dia akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan kasih sayang kepada anaknya itu.



Bagaimanapun, perkongsiannya itu dihujani dengan kecaman netizen yang mempersoalkan kapsyen pendakwah muda itu.

Terdahulu PU Abu menceraikan isterinya yang sarat hamil dan difahamkan penceraian itu berlaku kerana memilih untuk bernikah dengan seorang wanita bergelar janda bernama Hana Azraa.