fbpx

Baru Usia 3 Bulan, Alisa Aisyah Ada 500,000 Pengikut Di IG

Dalam ramai-ramai anak selebriti, anak kepada pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandar antara yang paling popular. Baru berusia 3 tahun, Yusuf kini mempunyai 2.7 juta pengikut di Instagram.

Nampaknya, adiknya pula iaitu Alisa Aisyah bakal mengikut jejak langkah abangnya. Mana tidaknya, baru berusia 3 bulan sudah mempunyai 500,000 pengikut di Instagram.

BACA: Belum Ada Tukang Pantang, Hanis Zalikha Tinggal Di Wad Mewah

Apa yang pasti ramai yang mengikuti Instagram anak kedua Hanis dan Hairul kerana kecomelannya seperti anak patung.

Rata-rata netizen mengatakan dengan jumlah pengikut sebanyak itu populariti Alisa mengalahkan artis sedangkan akaun itu baru saja dibuka pada Jun lalu.

Tidak kurang juga ramai yang tertanya-tanya jika di usia tiga bulan sudah ada pengikut setengah juta, bagaimana pula jika 20 tahun lagi. Apa pun, Alisa memang comel sangat. Semoga Alisa membesar dengan baik dan sihat.