fbpx

“Baru Timbul Kes…Dah Sakit…Kesian Shuib” – Netizen

Perkongsian pelawak dan penyampai radio, Shuib menjadi perhatian apabila dilihat memuat naik gambar memaparkan dirinya berkerusi roda berada di sebuah hospital bersama isterinya.

Menerusi entri itu, Shuib meluahkan rasa syukur keadaannya semakin baik serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakannya.

BACA: Shuib Nafi Hidup Bermewah-Mewah Cuma Suka Main Golf

Bagaimanapun menerusi entri tersebut, Shuib tidak memalumkan punca dirinya berkerusi roda serta berada di hospital.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Perkongsian Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan kesembuhan pelawak itu.

Tidak kurang juga, ada yang memberikan komen sindiran yang mengatakan Shuib jatuh sakit ketika namanya menjadi bualan susulan isu baru-baru ini. Malah, ada yang mendoakan agar Shuib cepat sembuh serta boleh mencarum KWSP. 

Dalam pada itu, ada netizen yang kurang senang dengan sikap segelintir individu yang memerli pelawak itu ketika Shuib sedang sakit.