fbpx

Baru Tayang 4 Hari, Munafik Kaut RM21.6 Juta!

Bukan main rancak lagi nampaknya persaingan di antara filem tempatan buat masa sekarang. Baru saja berkongsi berita gembira bersama pengikutnya di laman Instagram, Syamsul Yusof menyatakan bahawa kini kutipan tiket Munafik 2 sudah pun mencapai RM21.6 juta.

BACA: Syamsul Yusof Patah Bahu Kiri Lakon Lagak Ngeri Sendiri

Lebih mengejutkan, jumlah tersebut berjaya dikumpul hanya dalam 4 hari tayangan sekaligus memecahkan rekod kutipan hujung minggu tertinggi di Malaysia. Sama ada filem ini mampu menangani jumlah kutipan Hantu Kak Limah masih belum diketahui.

Namun jika dilihat secara lebih mendalam, dua filem yang berjaya mendapat kutipan tinggi ini adalah filem yang mempunyai peminat tetap melalui filem-filem terdahulu. Peminat yang setia yang mengharapkan jalan cerita lebih mantap dan ingin mengetahui konflik seterusnya yang terjadi mungkin antara faktor mendorong penonton ke pawagam.

Rata-rata komen yang dikongsikan oleh Syamsul di Instagram adalah komen positif. Tidak dinafikan Hantu Kak Limah dan juga Munafik 2 ini turut mendapat pandangan berbeza penonton namun jumlahnya adalah sangat sedikit dan minoriti saja. Selera lain-lain, bukan? Apa pun, tahniah buat industri perfileman tanah air. (rtky/s)