“Baru Tahu Pendosa Tak Boleh Minta Doa” – Nadia Brian

Baru-baru ini perkongsian pelakon Nadia Brian menjadi perhatian ramai apabila memuat naik hantaran mengenai ciri-ciri lelaki idamannya.

Menerusi hantaran itu, Nadia mempersoalkan mengenai kewujudan lelaki yang menjaga solat, berkerjaya serta bercakap lembut.

BACA: Kutuk ‘Course’ Mass Comm & Teater, Nadia Brian Desak DMA Islam Mohon Maaf

Bagaimanapun, perkongsian Nadia itu menerima kecaman netizen dimana ada yang mengatakan dia perlu mengubah dirinya dahulu jika mahu berjumpa dengan lelaki dengan kriteria berkenaan.

Terbaru, Nadia meluahkan rasa kesal dengan kecaman netizen susulan hantarannya itu serta memohon agar doa orang yang dianiaya akan diangkat terus pada hari Arafah ini.

Nadia turut mengetakan dia baru tahu bahawa seorang pendosa tidak boleh meminta doa dan hanya ‘ahli syurga’ yang suka memberi kecaman yang boleh meminta doa.

“Cakap lah lagi, beri kecaman lagi, kutuk lah lagi, fitnah lah lagi. Tidak mengapa, Alhamdulillah. Di hari baik ni, semoga doa yang dianiaya diangkat terus oleh Allah SWT.

“Baru tahu ahli-ahli syurga yang memberikan kecaman tu ahli syurga yang confirm masuk syurga. Saya baru tahu pendosa tidak boleh minta doa, yang boleh minta doa ahli-ahli syurga yang suka memberikan kecaman, fitnah, kutukan pada saya,” katanya.

×