Baru Seminggu Cerai, Azri Iskandar Dah Jumpa Pengganti?
Belum pun sebulan bercerai dengan pelakon Ellie Suriaty, aktor Azri Iskandar dikatakan sudah menemui pengganti baharu.
Timbul spekulasi mengenai perkara itu apabila pelakon berusia 54 tahun itu memuat naik gambar bersama seorang gadis muda di laman Facebook story miliknya.
BACA: Azri Iskandar Tak Biasa Jadi Duda, Tak Tolak Rujuk Semula Dengan Ellie Suriaty
Bagaimanapun, memetik laporan Getaran, Azri menafikan dakwaan berkenaan serta menjelaskan bahawa gadis itu adalah rakan pelakon yang turut menjayakan telefilem berjudul Suri Rumah Terfeeling.
“Gadis di dalam gambar itu bukanlah kekasih saya. Tapi, dia adalah pelakon baharu yang menjadi anak saya dalam telefilem bertajuk ‘Suri Rumah Terfeeling’.
“Nama dia Nur Atiqah dan dia jadi anak saya di dalam drama ini. Kami ambil gambar ini untuk dijadikan prop di dalam telefilem ini.
“Tolonglah jangan ada yang menganggap bukan-bukan. Kesian dia. Umur dia masih muda, hampir sebaya dengan anak saya. Nanti tidak pasal-pasal pula dia jadi mangsa tohmahan,” katanya.
Sementara itu, Azri berharap netizen tidak mengecam bekas isteirnya berkenaan hal perceraian mereka sebelum ini.
“Tolonglah jangan kecam dia. Dia tak salah. Takdir kami tidak lagi sehaluan dan terpaksa membawa haluan hidup masing-masing.
“Dia banyak berjasa pada saya dan saya tidak akan sesekali melupakan kebaikannya. Saya terima suratan takdir kami sekarang ini dan biarlah selepas ini kami jadi sahabat pula.
“Dan sebagai seorang sahabat, saya akan terus menghulurkan bantuan yang diperlukan kala susah dan senangnya. Tak kiralah sama ada bantuan tersebut berbentuk wang atau tenaga,” katanya.
Terdahulu, Ellie telah menfailkan permohonan cerai ke atas suaminya sebelum Ramadan yang lalu. Ellie mendirikan rumah tangga dengan Azri pada tahun 2002. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Azrell dan Nur Azreen.
- SUMBER
- getaran
Tolong la azri mana main Minah hodoh camnie
Siapa pun lebih baik dari ex wife giler ko tu …
Gua ucapkan all the best …cari lah penganti yang tak cantik tak pe …asalkan tak gila .
Cantik sikit dr elly..
Jantan nie mmng jenis gelenyahhh!! Dulu first wife dia pn kjap jer dia kawin, dengan elly nie lama sikit! eloklah tu bercerai idup pn menyakit kn hti buek apo??