Siapa yang tak memerlukan transport dalam kehidupan harian bukan? Bila ada kereta ni senang lah sikit untuk bergerak kemana-mana. Tapi itulah nak beli kereta ni bukannya murah, kerja bertahun pun belum tentu mampu lagi-lagi dengan keadaan ekonomi negara sekarang ni.
Tapi kali ini kami ada berita baik untuk anda semua! Nak tahu apa berita tersebut? Ni haaa, kami nak belanja anda satu cara paling mudah untuk anda bawa pulang sebuah kereta Honda.
Bersempena dengan pengeluaran kenderaan Honda ke-900,000 unit yang dijangka akan dicapai pada suku ketiga tahun ini Honda berbesar hati untuk memberi kereta percuma kepada pelanggannya yang sentiasa menyokong pengeluaran jenama Honda sejak dari awal penubuhannya.
Kempen Road to 900,000 Unit Milestone dengan tagline Terima Kasih 900k ini bakal menyaksikan rakyat Malaysia yang bertuah memandu sembilan model Honda yang diberi. Tiga daripada model Honda tersebut akan diberikan kepada peserta menerusi kempen ini.
Terbaru, Honda Malaysia juga telah pun mengumumkan kolobrasinya dengan tiga jenama terkenal iaitu Astro Radio, Tealive dan Unifi bagi meningkatkan lagi penyertaan dalam kempen Road to 900,000th Unit Milestone.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata, “Kerjasama dengan jenama tempatan ini adalah yang pertama kali diadakan oleh Honda Malaysia dan sekaligus ini merupakan tanda penghargaan kami kepada pelanggan yang sentiasa memberi sokongan dan menjadikan kami jenama pilihan ramai”.
Kalau Betul Boleh Menang Kereta, Macam Mana Cara Nak Bawa Pulang Kereta Honda Tu?
Senang saja cara untuk anda bawa pulang kereta idaman ramai ni.
1. First, anda hanya perlu layari laman web www.honda.com.my/microsite/900k/ untuk mendaftar.
2. Kemudian, mulakan misi mencari dan merakam foto emblem kereta Honda yang tersembunyi di mana-mana 90 Pengedar Sah Honda berhampiran anda.
3. Seterusnya, anda perlu muat naik foto tersebut di laman web Honda mengikut arahan yang diberikan. Tak faham? Jangan risau, anda boleh tanya jurujual di Pengedar Sah Honda yang anda lawati untuk tahu cara-caranya. Masih tak faham lagi guys? Boleh mintak mereka bagi lukisan!
Selain mencari emblem kereta yang tersembunyi, terdapat pelbagai lagi cara untuk meningkatkan lagi peluang anda memenangi kereta Honda tu. Antaranya ialah dengan:
• Pandu uji kereta Honda
• Buat tempahan kereta
• Beli & Daftar kereta baharu Honda
• Sekiranya anda adalah pemilik kereta Honda dan pernah servis di Pusat Servis Honda
dalam masa 12 bulan lepas, satu penyertaan untuk anda!
Kiranya lebih banyak cabaran anda lakukan seperti yang dinyatakan di atas, lebih tinggilah peluang anda untuk menang! Tertakluk terma & syarat. Klik sini untuk menyertai.
Eh! Dah Ada Pemenang? Tak Boleh Jadi Ni. Kena Cuba Juga Nasib, Mana Tahu Boleh Jadi Pemenang Kedua
Untuk bakar lagi semangat anda tu, nah kami belanja gambar pemenang pertama yang berjaya membawa pulang sebuah Honda Civic 1.5L Turbocharged.

Mohamad Adib Fida’iy Mohamad Hanapi merupakan pemenang bertuah yang menerima sebuah Honda daripada cawangan Honda di Kelantan, Ban Chu Bee Sdn. Bhd.
“Saya tidak pernah jangka untuk menang, apatah lagi menjadi pemenang pertama dalam peraduan ini. Sejak dari dulu lagi saya mahu memiliki sebuah Civic tapi ianya cuma hanya mimpi. Tapi ini memang mimpi jadi kenyataan!” kata Adib.
Masih ada lapan model Honda untuk dimenangi. Jadi, anda jangan lepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam kempen yang sedang berlangsung di semua 90 pengedar sah Honda di seluruh negara sehingga 22 September ini.
Takkan tak mahu bergaya dengan kereta baru guys, rugi kalau lepaskan peluang ni!
Maklumat lanjut layari www.honda.com.my/microsite/900k atau Facebook Honda Malaysia. Selamat mencuba nasib rakyat Malaysia semua!