fbpx

Baru Dua Jam Buka Akaun IG, Ana Nayla Raih 29,000 Pengikut

Genap seminggu melahirkan cahaya mata sulung, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir berkongsikan nama anak perempuan mereka yang diberi nama Ana Nayla.

Menerusi entri tersebut, pasanngan itu turut berkongsikan video pendek wajah anak mereka. Malah, pasangan itu turut membuka akaun Instagram anak mereka.

BACA: Ayda Jebat Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Lebih mengejutkan baru sahaja memuat naik posting pertama dua jam lalu, akaun Instagram Ana Layla sudah meraih 27,000 pengikut.

Rata-rata netizen memuji kecomelan anak pasangan itu serta teruja melihat warna mata Ana yang sangat cantik serta mendoakan menjadi anak yang solehah.

Ayda Jebat selamat malahirkan cahaya mata sulung pada 21 September secara pembedahan. Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).