fbpx

Baru Dua Hari Kehilangan Bapa, Ebit Lew Kembali Teruskan Kerja Amal

Baru sahaja diuji apabila bapa tercinta meninggal dunia dua hari lalu, pendakwah popular Ustaz Ebit Lew sudah kembali meneruskan kerja amal membantu mereka yang memerlukan.

Menerusi satu entri di Instagram hari ini, Ebit memaklumkan beliau merasmikan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Titiwangsa serta menyumbang beberapa perlatan untuk merawat pesakit Covid-19.

BACA: DSV Tidak Mahu Disamakan Dengan Ebit Lew

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

“Berat melihat keadaan Malaysia dari hari tu masa dekat Palestin. Tak sabar nak buat sesuatu di Malaysia. Terharu sebak sangat dengan pengorbanan frontliners bagi membantu misi negara ini.

“Besarnya pengorbanan mereka. Setiap hari pakai baju PPE. Kerja yang setiap hari semakin berat. Ya Allah. Semoga Allah beri kekuatan pada semua.

“Saya bantu siapkan kelengkapan untuk mereka. Belikan canvas bed 100 unit, PPE 200 unit, Laptop 3 unit, Tablet Tab A 10unit, Kipas 10unit, Kerusi Plastik, Meja Plastik, Glove 50kotak,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ebit turut mendoakan agar keadaan negara akan segera pulih dan bebas daripada virus Covid-19 agar rakyat dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Perkongsian Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terharu dengan semangat pendakwah tersebut yang tetap kuat meneruskan misi bantuan meskipun baru kehilangan bapa tercinta.