Baru 3 Hari Bersalin, Netizen Seriau Tengok Emma Maembong Dukung Anak Sulung
Baru saja menimang cahaya mata kedua pada Rabu lalu, aksi pelakon Emma Maembong semasa berpantang menimbulkan kebimbangan ramai.
Menerusi video dikongsikan di TikTok, Emma ada berkongsikan majlis akikah anak keduanya itu buat tatapan ramai.
BACA: Dah Mula Mengah, Emma Maembong Dijangka Bersalin Pertengahan Bulan Ini
@emma_maembongofficial alhamdullilah semua berjalan lancar aqiqah Shakil Aryan Shah?
Namun, apa yang menjadi perhatian apabila Emma dilihat menukung anak sulunngnya sedangkan masih dalam tempoh berpantang.
Tidak kurang juga, ada yang meluahkan rasa seriau melihat Emma duduk bersila sedangkan baru beberapa hari saja bersalin.
Sementara itu, diruangan komen Emma dilihat ada membalas komen netizen meluahkan rasa syukur kerana kedua-dua pengalaman bersalin tidak mengalami koyak dan dijahit.
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menitipkan nasihat buat pelakon itu supaya menjaga kesihatan tubuh selepas bersalin.
kenapa nak ngilu ? kenapa nak ngeri ? tu badan dia, bkn badan korg. klu dia rasa sakit dah sah2 dia takkan bersila gitu. dia dah bls dia tak koyak .. tak de kena jahit. so jgn compare dgn korg. tau lah dia condition badan sendiri, aduii