fbpx

Baru 2 Bulan Bersalin, Netizen Kagum Elisya Sandha Dah Jogging

Pejam celik, sudah dua bulan pelakon Elisya Sandha bergelar ibu dan menimang cahaya mata sulungnya, Bunga Elhaq. 

Baru-baru ini, perkongsian Elisya di TikTok menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video memaparkan dia melakukan aktiviti bersenam sambil membawa anaknya.

BACA: Neelofa Ditegur Panggil Anak Elisya Sandha ‘Boy’

@elisyasandhaaa

Me and my Bunga ?? #fyp #bungaelhaq

? Tiba-Tiba Speed Up – liriklagu?

Elisya turut dilihat berlari sambil menolak kereta sorong anaknya di sebuah kawasan perumahan serta melakukan aktiviti senaman.

Perkongsian Elisya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum dengan pelakon itu yang tetap aktif biarpun baru dua bulan bersalin secara pembedahan. Malah, ramai yang memuji kecomelan anak Elisya yang disamakan seperti anak patung.

Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak penerbit terkenal Sheila Rusly, Uzair Haqimy pada Ogos 2021. Pasangan itu menimang cahaya mata sulung, Bunga Elhaq pada 18 Jun lalu.