Baru 12 Tahun Mampu Beli Vellfire, Alyssa Tiada Niat Menunjuk
Merupakan selebriti pertama yang menduduki carta 10 teratas paling banyak dilanggan di Youtube Malaysia, baru sahaja berusia 12 tahun laman YouTube pelakon dan penyanyi Aryanna Alyssa Dezek kini mencecah lebih 3 juta langganan.
Mula memuat naik video lagu ‘cover’ di YouTube sejak berusia empat tahun, Alyssa tidak menyangka video yang dikongsikannya itu membolehkan dia berjaya membeli kereta idamannya iaitu Toyota Vellfire.
“Tak sangka juga budak yang baru berusia 12 tahun macam saya, sudah berjaya membeli sebuah kereta hasil duit yang diperoleh daripada saluran YouTube
“Saya sangat gembira apabila dapat membeli kereta idaman ini sekali gus boleh digunakan untuk tujuan kerja dan berkongsi kesenangan dengan keluarga. Lagipun, saya ingin menghargai diri selepas bekerja keras,” katanya.
Mampu membeli kereta mewah itu yang dianggarkan berharga lebih RM250,000, Alyysa berharap kejayaannya itu dapat memberi inspirasi kepada orang luar terutama kanak-kanak yang sebaya dengannya dan tiada niat untuk menunjuk-nunjuk.
“Saya harap kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada semua kanak-kanak. Bayangkan di usia 12 tahun ini, saya boleh beli kereta sendiri.
“Apa yang dimiliki ini bukan nak menunjuk, tapi saya ingin beritahu kepada semua orang bahawa kita mampu mencapai apa yang diinginkan. Cuma perlu berusaha untuk mencapainya.
“Setiap orang boleh cuba dan lhasilkan video yang berfaedah dan kreatif. Buatlah video yang boleh menarik perhatian penonton,” katanya.
Dalam pada itu, Alyssa turutu berterima kasih kepada ibunya, Suzanne Desek kerana mencadangkan video nyanyiannya dimuat naik di YouTube sejak lapan tahun lalu dimana pada awalnya hanya mahu disimpan untuk kenangan.
“Mulanya ibu yang mencadangkan video nyanyian saya dimuat naik di YouTube kerana boleh menyimpan segala kenangan.
“Sejak memulakan saluran itu pada tahun 2012, banyak video dimuat naik menjadi tular seperti lagu Kun Anta yang dinyanyikan semula hingga penyanyi asal ingin bertemu dengan saya ketika dia datang ke Malaysia tidak lama dulu.
“Malah perkongsian saya bermain ukulele seawal umur empat tahun pun turut menarik perhatian penonton di saluran YouTube itu,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Walaupun dh kaya dik jgn malas tingkatkan ilmu terutama bab agama supaya jika apa2 terjadi kita x mudah putus asa. Byk juga kisah selebriti atau youtuber or instafemes yg x mmpu handle tekanan jd org kaya terkenal dsb. Yg penting tetapkan iman sbb ini ujian utk adik. Ada org diuji dgn kekayaan. Ada org diuji dgn kesakitan. Dan ramai yg diuji dgn pelbagai kesusahan.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
x caya beli sbb hasil youtube..mesti parents ada business lain…youtube tu sbgai backup untuk kelansungan..
next?
So ukuran kejayaan tu keta vellfire ke acaner? Beli rumah/tanah dik.Melayu & vellfire berpisah tiada…besok jd besi burok.
sheols siapa nie wei?
Kete tu bkn mahal sgt sis. Beli brand new mmg la ratus ribu. Cer kau cari kat kedai sec hand.
Youtube boleh bg duit jika hits juta2 sbb tu byk org try buat apa sj utk tarik view. Kalau content berilmu atau bg org ilmu masak2 mcm sugu atau apa2 skill okay la.
Btw dia ni siapa sorry sis x kenal. Anybody tau apa content yt dia ya?
Selalu org ckp i nak share kekayaan saya utk inspire people. Dari segi niat tu antara u dgn Allah lah.. tp x takut ke tersimpang jd riak.
Okay je nak kongsi info tu. I pun heppi org biasa2 mampu membeli harta impian. Try invest dlm bnde2 yg mmpu berkembangkan income atau jd passive income.
Jgn nnti jika ada pandemik atau sebegitu, tiga bulan je dah serabut minta kerajaan byr kan tunggakan ansuran. Pastu marah bila org miskin dpt bntuan. How?
Berhati2 .. Lhdn tgh peratikan dik.. ??
Alhmdulilah… Rejekiiii… Walaupn SUARA nko tk sodapp mana nakkkk!!
Budak ni wpon nmpk mcm urban, tp pndai n lancar mengaji. Salute utk parents dia
recond ke tuuu?
nak no alesya dezek