fbpx

“Barisan Pelakon Hebat Tanah Air Bergambar Bersama Sebatang Kayu”

Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai gambar barisan pelakon-pelakon  hebat tanah air antaranya Shaheizy Sam, Alif Satar, Bront Palrae, Remy Ishak dan Hairul Azreen.

Difahamkan, mereka merupakan barisan pelakon yang akan membintangi filem Bakara yang bakal menjalani penggambaran sekitar Jun tahun depan dan kini sedang menjalani latihan bersama tentera Malaysia.

Filem Bakara mengisahkan tentang perjuangan sebenar anggota 19 RAMD Mekanis menyelamatkan Renjer dan Delta US di Pasar Bakara Somalia pada 3 dan 4 Oktober 1994.

Namun di laman Twitter ada yang kurang senang dengan salah seorang pelakon sehingga menggelar ‘sebatang kayu’. Menjengah ke ruangan komen, ramai memetik nama Hairul Azreen sebagai pelakon ‘kayu’ yang dimaksudkan.

Malah, ada yang mengatakan bahawa mutu lakonan Hairul perlu ditingkatkan memandangkan masih ada 10 bulan lagi sebelum penggambaran dijalankan.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan bahawa Hairul perlu digantikan dengan pelakon serba boleh Beto Kusyairy. Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa bosan kerana Hairul Azreen sering dipilih untuk membintangi filem bergenre seperti itu.