fbpx

Kerugian Lebih RM100,000, Aliff Syukri Dikecam

Siapa yang tidak tahu bahawa baru-baru ini Aliff Syukri telah menjejakkan kaki di bumi Sepanyol untuk merakamkan klip video. Namun menurut jutawan kosmetik ini, barangan miliknya bernilai lebih RM100,000 telah dicuri.

BACA: Tak Faham Inggeris, Aliff Syukri Marah Caprice

“Ada sesiapa kenal mamat dalam bulatan merah ni? Ini adalah salah satu benda tragis yang berlaku semasa saya di Sepanyol”

“Dia rembat beg sandang Salvatore Ferragamo semasa saya tengah leka berlatih, jadi lesaplah wang tunai yang saya bawa berjumlah 4,000 euro (RM19,151), kad kredit, IC (kad pengenalan) jam cartier bernilai kira-kira RM100,000,” tulisnya di Instagram.

Bagaimanapun, ada yang meragui cerita yang disampaikan oleh Aliff tersebut dan tidak kurang juga yang menyatakan bahawa apa terjadi itu adalah pengajaran buat Aliff kerana sentiasa bermegah dengan kemewahannya.

Aliff selain itu turut memuatnaik gambar dokumen dipercayai laporan polis berkaitan kejadian kecurian yang menimpanya.

Menyifatkan perkara tersebut sebagai kenangan pahit, pastinya peristiwa sedemikian turut menjadi pengajaran buat usahawan yang tidak pernah lekang daripada kontroversi ini.