fbpx

Bapa: Ustaz Mohd Hakim Nama Yang Lebih Sesuai Untuk Bob Lokman

Bila di’fikirkan balik, rasanya Bob Lokman sudah boleh di’tarik keluar dari lingkungan dunia hiburan setelah beliau memilih jalan yang lebih tenang.

Dan jika saranan bapa beliau, Lokman Ahmad di’ambil kira maka lebih mudah untuk orang melupakan nama yang pernah mewarnai dunia hiburan penuh pancaroba ini. Cewahh.

Sinar Harian hari ini melaporkan yang bapa Bob Lokman bercakap kepada media tentang isu anak’nya yang di’tahan pihak berkuasa kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

“Saya kira, Mohd Hakim (Bob Lokman) tidak patut ditahan kerana dia bersyarah mengenai agama dan jika difikirkan, ia sama seperti orang tabligh menyebarkan agama, tetapi tabligh tidak pula ditahan,” ujar bapa Bob Lokman.

Dalam kenyataan yang sama, bapa Bob Lokman menyarankan anaknya untuk menukar nama kepada Ustaz Mohd Hakim “…kerana saya rasa, itulah nama serasi memandangkan dia mempu­nyai latar belakang pengajian agama”