Bapa Tetak Anak Kandung Sampai Mati
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut di tetak bapa kandungnya ketika mangsa sedang tidur di kediaman milik keluarganya di Flat Puchong Permai, kira-kira jam 5.45 petang Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari, mangsa yang dipercayai ditetak sebanyak tiga kali di bahagian kepala dan pengelangan tangan kanan disahkan meninggal di lokasi kejadian.
Tambahnya lagi, bapa mangsa berusia 35 tahun yang bekerja sebagai seorang rela itu menetak anak kandungnya dengan menggunakan sebilah parang.
“Selepas membunuh mangsa, suspek dikatakan meletakkan mayat anaknya di luar pintu rumah dan dia mengurung diri di dalam.
“Polis yang menjalankan siasatan mendapati mangsa sebenarnya adalah mangsa pembunuhan selepas menemui kesan tetakan pada kepala dan pergelangan tangan kanannya,” katanya kepada Berita Harian.
Suspek juga mengakui membunuh anak kandungnya, selepas mendakwa dia mendengar suara ghaib yang meminta untuk membunuh anaknya sendiri.
“Siasatan mendapati suspek adalah peminum tegar air ketum selain saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine (syabu).
“Suspek sudah pun ditahan dan kita turut menemui parang yang digunakan dalam kejadian itu. Kes dianggap selesai,” tambahnya.
Kes bagaimanapun disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- SUMBER
- Berita Harian
Astaghfirullah al-‘Azeem…kesian la budak ni tak berdosa…apa nak jadi dunia sekarang ni…
Nauzubillahiminalzalik. Kesian budak tu x berdosa
Ape nak jadi dunia sekarang Allahualam ini Lah jadi Nya bila duniawi lagi penting Dari akhirat. Astagfiruallah.
Kesian bdk tu. X trrbayang aku mcm mne dia masa kne tetak tu. Murung dgr cerita mcm ni.
Kesian juga kat ibu bdk tu. Pergi kerja cari nafkah kuarga. Jntn tu kerja Rela ada gaji ke. Dan kaki ketum lagi.
Kenapa la buat bdkk kecik tu. Ngape x ko jer terjun bngunan atau tetak kepala ko sendiri.
Allahuakbar.. pasti syurga tempatmu nak
orang melayu ni suka buat keje bodoh memalukan diri sendiri, menyusahkan orang, bunuh anak sendiri …mcm2 kes …. kata Islam tapi mana keimanan rasanya mmg x solat nie