Bapa Tak Tahu Adibah Noor Hidap Kanser
Jenazah Allahyarham Adibah Noor telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat jam 11.30 pagi tadi.
Memetik Harian Metro, bapa kepada Allahyarham, Mohd Omar Zainal Abidin yang ditemui selepas urusan pengebumian berkata dia tidak tahu anaknya menghidap kanser ovari tahap empat.
BACA: Jenazah Adibah Noor Selamat Dikebumikan, Diiringi Ratusan Rakan & Penggiat Seni
“Saya tak tahu. Dia tidak beritahu walaupun saya ayahnya. Saya pergi hospital pun dia tidak beritahu. Tapi kalau Tuhan nak ambil, Dia ambil juga.
“Itu anak saya nombor tiga. Dia seorang yang taat dan pemurah. Kalau orang lain nak kata dia kedekut, terpulanglah. Bagi saya dia okay, semuanya okay.
“Saya tiada apa nak cerita, tiada apa yang nak dipanjangkan. Mohon doakan yang baik-baik buat anak saya,” katanya.
Dalam pada itu, Omar berkata arwah anaknya itu juga bukan jenis yang suka menyusahkan orang lain termasuk ahli keluarganya sendiri.
“Ramai tak tahu dia sakit. Saya pun lambat juga diberitahu. Anak-anak saya semua macam tu. Dia hanya cakap sakit bahagian perut.
“Dia masuk hospital pun dia tak cakap. Dia memang jenis tak nak menyusahkan orang,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
cik nom. Bkn cik non.
Sedih la..ada ja selebriti lain yg pegi, tp x dirasakn sgt. Yg kak dib ni rasa mcm..hmmm…menyentuh hati. X puas lg tgk dia perform
terkesan dgn pemergian dia..sarah dulu x pun sbb time pkp sbb tu hot news
sedihnya, no parent should bury their kids.. semoga pakcik tabah dan kuat.. arwah adibah noor memang org baik.. she was loved by many
Shuib, mana Shuib?
Sekarang media sibuk dengan kematian Adibah.
Shuib tentu dengki.
Dok fikirkan cara nak turut dapat attention.