fbpx

Dedah Perangai Jijik Bapa, Puteri Balqis Dikecam Kerana Buka Aib?

Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila pelakon Puteri Balqis mendedahkan mengenai nafsu binatang bapanya mendakwa pernah melakukan gangguan seksual terhadapnya ketika diusia kecil.

Balqis juga turut membongkar Balqis mengenai sikap buruk bapa kandungnya yang disifatkan pemalas dan ibu turut diperlakukan dengan teruk.

BACA: Puteri Balqis Dedah Perangai Buruk Bapa, Pernah Diraba?

Susulan pendedahan Balqis itu, ramai yang meminta pelakon itu membuat laporan serta berharap agar bapanya dikenakan hukuman undang-undang.

https://twitter.com/ConferWithTerry/status/1566329317331968000?

Bagaimanapun, ada yang sesetengah netizen yang mengatakan tindakan Balqis itu membuka aib serta memaukan bapanya.

Malah, ada yang mengecam Balqis kerana mendedahkan sikap buruk bapanya kepada umum serta menyifatkan ianya ujian buat pelakon itu. 

Lebih menyedihkan, seorang pengguna Twitter berkata golongan yang meminta untuk Balqis untuk berdiam diri adalah dikalangan wanita. 

Terdahulu, Balqis turut meminta maaf kepada ibunya kerana tidak mampu lagi untuk berdiam diri apatah lagi ibunya dihentam teruk oleh masyarakat yang tidak tahu hal sebenar.