Artis 80-an yang juga bapa kepada penyanyi wanita terkenal ditahan polis selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan sejak Ogos tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 3 petang pada 21 Julai lalu.

“Kejadian pertama dilakukan terhadap mangsa berusia 14 tahun pada Ogos tahun lalu di kondominium kawan ibu mangsa di Puchong Prima.

“Kejadian itu membabitkan seorang suspek yang dikenali sebagai atok,” katanya.

Dua lagi kejadian amang seksual fizikal dilakukan oleh suspek yang berusia 65 tahun terhadap mangsa yang masih bersekolah pada Oktober dan November tahun lalu.

“Kejadian tersebut berlaku di rumah suspek di Puchong sebelum sekali lagi terjadi pada Januari tetapi pengadu hanya mendiamkan diri kerana takut.

Polis menahan suspek di Balai Polis USJ 8 pada 11 malam Rabu lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis memandangkan suspek menghidap penyakit jantung

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.