Pelakon Fikry Ibrahim memaklumkan bapanya iaitu Ahmad Ibrahim telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Jumaat.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Fikry berkongsikan berita sedih di Instagram miliknya serta meminta orang ramai mendoakan agar Allahyarham bapanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
BACA: Netizen Sebak Tengok Fikry Ibrahim Mekapkan Ibu, Bawa Pergi Bercuti
View this post on Instagram
“Ayah saya, Ahmad Ibrahim sudah kembali ke rahmatullah. Doakan ayah saya diampunkan segala dosa-dosa beliau, dipermudahkan urusan dan ditempatkan bersama kalangan orang beriman. Terima kasih semua,” katanya.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rakan artis menzahirkan ucapan takziah buat Fikry di atas pemergian bapanya.
Sebelum itu, sekitar jam 4 pagi tadi, Fikry sempat berkongsi di Instagram Story memaklumkan bapanya telah ditidurkan serta meminta orang ramai mendoakan urusan bapanya dipermudahkan.