fbpx

Bapa Azlan Typewriter Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Selepas tiga minggu bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19, bapa kepada penyanyi Azlan Typewriter, Sallehudin Che Ani, 68 tahun meninggal dunia kira-kira jam 4.23 petang tadi.

Berita duka itu dimaklumkan oleh Azlan dimana Allahyarham bapanya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang selepas mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Dalam pada itu, Azlan meluahkan rasa sayu apabila hanya dapat melihat detik terakhir pemergian bapanya menerusi video sahaja.

“Ayah saya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.25 petang tadi. Perasaan itu jadi sayu bila saya tengok sendiri Allahyarham perlahan-lahan menghembuskan nafas terakhir.

“Pihak hospital beri kebenaran kami video conference dan semua adik-beradik saya pun ada sekali dalam sesi video tersebut.

“Bila sampai fasa ini (tak boleh uruskan jenazah sebab Covid-19), saya hanya berserah kepada ketentuan Allah,” katanya kepada mStar Online.

Azlan berkata jenazah bapanya akan diuruskan oleh pihak hospital sehingga ke liang lahad berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.