fbpx

Bapa Ashraf Muslim Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Takziah buat pelakon Ashraf Muslim di atas pemergian bapa tercinta Muslim Bulat, 67 tahun yang meninggal dunia selepas lapan hari berjuang melawan Covid-19 tahap lima.

Berkongsikan khabar duka itu di Instagram, Ashraf berkata bapanya meninggal dunia dalam keadaan tenang dan kematian disahkan pada jam 6.37 pagi tadi.

BACA: Berbulan Mendaftar, Ashraf Muslim Syukur Dapat Solat Jumaat

“Hari ini adalah hari paling sedih. Ayah dah meninggalkan kami dalam keadaan yang baik dan tenang. Mungkin itu yang terbaik untuk dia sebab Allah lebih sayangkan ayah daripada kami,” tulisnya.

Dalam perkongsian itu, Ashraf turut memohon maaf bagi pihak bapanya andai ada salah dan silap yang dilakukan ketika hayatnya.

“Saya sebagai anak sulung ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup.

“Kalau ada hutang atau perkara yang masih belum diselesaikan, boleh hubungi saya. Insyaallah, sama-sama kita doakan semoga ayah ditempatkan di tempat yang istimewa di alam barunya bersama mereka yang beriman,” tulisnya.