fbpx

“Banyak Yang Fitnah Cakap Saya Tak Bagi Jumpa Anak”

Selepas hadir ke proses prosiding perceraian semalam, Noor Nabila menegaskan tetap mahu bercerai dan mendedahkan tiada sebarang usaha berdamai dilakukan suaminya, Sharnaaz Ahmad sepanjang setahun mereka tinggal berasingan.

Bagaimanapun, timbul dakwaan Nabila menghalang Sharnaaz untuk bertemu anak mereka, Jebat Jayden. Namun, Nabila menafikan dakwaan tersebut, malah berharap untuk terus membesarkan anak bersama-sama meskipun tidak lagi bergelar suami isteri.

BACA: “Sharnaaz Tak Ada Usaha Berdamai, Saya Dah Tawar Hati”

“Saya tidak pernah halang atau sekat dia untuk berjumpa dengan anak kami. Walaupun banyak yang memfitnah cakap saya tak bagi jumpa anak malah saya tak pernah ada niat untuk pisahkan mereka.

“Insyaallah saya akan teruskan niat saya untuk sama-sama membesarkan anak kami,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Nabila berkata Kata dia sudah tawar hati dan sepatutnya proses perceraian boleh selesai dengan cepat. Katanya lagi adalah lebih baik jika ianya tidak dipanjangkan supaya dapat memberi tumpuan untuk membesarkan anak.

Difahamkan, mahkamah menetapkan 27 Februari 2020 untuk melantik hakam yang baru yang mempunyai kuasa untuk melafazkan cerai bagi pihak suami.