fbpx

“Banyak Suami Isteri Suka Buka Aib Pasangan Di Media Sosial”

Baru-baru ini, pelakon Lufya Omar berkongsikan pandangan mengenai soal maruah dan aib setiap pasangan suami isteri dalam kehidupan berumah tangga.

Pernah berdepan kegagalan rumah tangga, Lufya berkata biar apa pun terjadi setiap pasangan perlu menjaga maruah satu sama lain serta tidak membuka aib masing-masing.

BACA: Berang Dituduh Antivaksin, Lufya Omar Tunjuk Bukti Kena Cucuk

Lufya mengakui wanita lebih emosi apabila berdepan sesautu masalah ditambah pula dengan media sosial, pasti mereka akan meluahkan rasa sedih dan sakit di platform alam maya.

Kata Lufya lagi, ia sekaligus membuat seorang itu secara tidak langsung membuka aib sendiri mahupun pasangan dalam keadan sedar ataupun tidak sedar.

“Nanti bila dia sudah meluahkan segalanya, mungkin secara sedar atau tak dia akan mengaibkan ahli keluarga dan diri sendiri.

“Saya dapat lihat dengan situasi yang berlaku sekarang, ramai yang bila dia tidak puas hati dia terus tulis di media sosial. Apa sahaja yang berlaku di sekeliling, mereka nak kongsi dan beritahu kepada orang ramai,” katanya.

Lufya berkongsikan pandangan itu dalam rancangan bual bicara Wanita Hari Ini pada Khamis lalu.

Terdahulu, Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan Che Muhammad Hafiz pada 2016 namun bercerai pada Jun tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Lana Haura kini berusia 2 tahun.