Terkesan melihat peniaga makanan yang terjejas susulan tiada bazar Ramadan tahun ini, usahawan popular Vivy Yusof mengambil inisiatif membantu golongan peniaga dengan menganjurkan bazar secara online menerusi jenama platformnya, Fashion Valet.
Menurut Vivy, penganjuran bazar dikenali sebagai FVBazaar itu dibuat secara percuma
Tanpa melibatkan sebarang pengambilan komisen bagi membantu golongan peniaga untuk menjual aneka makanan sepanjang bulan Ramadan.
BACA: Petisyen Gugur Vivy Yusof Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM Dipadam
https://www.instagram.com/p/B-8Us_Ig2Wi/?utm_source=ig_embed
“Ramai pengusaha makanan dan minuman mengirim mesej kepada saya untuk mempromosikan produk mereka. Saya tidak mampu untuk membantu semuanya, jadi ini merupakan inisiatif yang saya harap akan membantu mereka di luar sana dengan lebih ramai lagi.
“FV tidak akan mengambil komisen atau mengenakan sebarang caj. Ia adalah percuma. Matlamat kami ialah untuk menghubungkan para peniaga dengan pelanggan,” katanya.
Promosi Bazar atas talian yang akan bermula pada 17 April ini juga akan dibantu Vivy dan kakitangannya bagi penjualan para peniaga mendapatkan keuntungan pada bulan Ramadan.
Terdahulu, Vivy dikecam teruk oleh netizen apabila didakwa menghina golongan B40 dan M40. Malah, satu petisyen turut diwujudkan menuntut pengasas tudung itu meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah UiTM.